Monday, March 21, 2011

Macam tu la Adik ku...

Macam tu la Adik...jgn masam muka lama2....kan elok camtu....tak baik duk masam2......nanti kena jual....so...senyum2 la sikit....

Wednesday, March 16, 2011

Pelik tapi Benar

Tajuk kali ni Pelik tapi Benar..aku suka baca blog org ..tak kisah la sesape pun..ada satu blog ni, setiap kali aku baca, aku tergelak jek sebab asyik angkat bakul sendiri..nak tahu apa yg 'dia' angkat??jeng jeng

1. Suka cakap diri sendiri cantik, haaa...cth dialog dia " Sorry to say la Nana, i kno im pretty"..Gulp!!!hahahahah....cantik sgt ke, cam Cina Bukit jek...Hello Sis! Cantik tu Subjektif sahaja....tak dinilai bila berada diSANA nanti, semua tu pinjam...bukan milik kekal..ALLAH tu yg KEKAL....Subhanallah...nah amik video ni aku dedicate tuk ko, biar ko sedaq sikit....kalau muka saja lawa, tapi otak letak tang lutut buat apa!dh la suka jerit cam bohsia jual tiket bas!hanya Lelaki yg bergelar PAK TURUT saja yg terpaksa rela kan diri tuk kawin dgn ko..atoi! VIDEO ni khas tuk mereka yg perasan Totally Control Honey la konon!ble bla lah!


kesimpulannya disini--->Ramai org boleh Cantik dgn Muka, Badan dan Pakaian tapi Berapa ramai boleh jadi Cantik dgn Perangai? Renung2 kan....

2. Terlalu bangga dgn BBF Foreign Muslim...hahaha...kalau betul laki tu sayang ko, takkan dia sanggup pisah kan hubungan antara seorg emak n anak..korang sanggup tak?jadi slave pada org2 UAE nih..hello SIS!tis kind of peep, wat they really want is your ***** and generation dat came from their blood..not from ur blood..so u think dat is it fair to let go ur beloved kids to somebody dat u really2 hate before tis. and give a **** to them!go to hell la *****!..hahahah...wahai pembaca blog, betapa geram ye aku, apabila ada manusia yg sudah sanggup melepaskan amanah yg Allah berikan...Kesian anak2....mereka tak berdosa n suci....


Sedih lagu ni....

3. Lotion, lotion...bla2 bla2....hello....!!walau segelen mana sekali pun ko bubuh lotion...kulit tu tetap akan kerepot juga...nak seterika pun takleh dh...atoi!!!mak aku pun selalu gak pakai lotion, tapi takde la sampai mandi lotion..kulit dia lagi cantik dari ko, sampai laki pun tak cari lain la....

okay la beb...kena sambung keje dulu....boss dh panggil..

Cinta Kain Putih

Haiiiii...saya kembali menyambung semula menaip apa yg patut....cerita pasal lagu Cinta Kain Putih ni adalah lagu kegemaran Hubby..dia nyanyi lagu ni semasa membuat persembahan di kolejnya...aku pelik kenapa la dia sgt suka lagu ni..mungkin ada cerita disebaliknya...bila Hubby dh suka, aku pun patut suka gaklah...memang lagu ni sedap sampai bawa ke karaoke, tapi bila nyanyi anak tekak pun keluar...tinggi tu, Hubby nyanyi sampai pancit..hahahaha...tak cukup nafas, setelah dilanda Tsunami besar..bukan setakat Tsunami kat Jepun jek, kat KL pun ada,,Kesian Hubby, tapi takpalah, aku ada sedia tuk membantu..dgn ikhlas hati, walaupun kadang kala, aku ni cepat hangin....hangin sekejap jek, lepas 5 minit okaylah...



korang layan la...tapi takde lirik, korang tgok sendiri kat video tu ada...

Thursday, March 3, 2011

Bertuah di Lahirkan sebagai Umat Islam tapi..................

Kali ni nak cerita pasal bertuah dilahirkan sebagai umat Islam....blog yg sama aku tgok..dia bangga tapi bukan terlalu bangga la...dia cuma BANGGA sahaja...harap korang paham...dia bagitahu semua org yg dia sgt bersyukur dilahirkan Islam, tapi kawan2 kalau kita Islam tapi cara pemakaian, gerak geri dan berlagak n dok cakap dgn org kata diri sendiri cantik mcm amoi...cara pemakain pun dh macam CINA, bukankah kita sudah menyerupai sesuatu kaum yg kita sendiri tahu kaum itu adalah KAFIR....ALLAH SWT pernah berfirman..jgn la kita menyerupai sesuatu kaum kerana kita akan tergolong dlm kaum itu..

Kita buang jauh2 dari mencontohi golongan kuffar (orang yang engkar dan mensyirikkan Allah) kerana Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). (Riwayat Imam Tirmizi daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya)

Bahkan sabda Rasulullah s.a.w lagi (ini yang aku paling takut), maksudnya:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)

Kenapa kita tak boleh ikut orang kafir? Kerana, firman Allah s.w.t:
Kamu adalah sebaik-baik umat. (Surah Ali  Imran ayat 110)

So adakah kita tidak boleh berfesyen dan hanya memakai jubah hitam? Bukan… kita masih boleh berfesyen selagi membawa identiti sebagai seorang muslimah, menutup aurat dan tidak meniru orang kafir.
Apa itu aurat? Aurat dari segi bahasa ialah keaiban. Dari segi syara’ pula bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang  wajib ditutupi dari pandangan.

Valentine's Day HARAM
Yang peliknya, dia sgt2 bangga dapat kawin dgn foreign muslim tapi tgok2 masa Valentine's Day depa berdua sambut pulak....apakah ini!!!????...bukan ke di Malaysia, Valentine's Day diharamkan...minah ni tak alert ke dgn keadaan sekeliling n isu semasa tapi asyik gtahu org otak bergeliga padahal apa2 jadi kat Dunia ni dia tak tahu...ADOI!!!!!!


Then, AURAT pun tak tutup...itu ka maksud dia "BANGGA MENJADI SEBAGAI UMAT ISLAM"....aku pulak yg pening....mana satu nih??

Cantik Sgt ke Kamu nih?!

Semalam aku ada terbaca satu blog n aku kenal la sape org tu..jeng..jeng..jeng.....aku agak terkejut sebab perangai dia sentiasa tak berubah...MATERIALISTIK....berasa diri tu hot n cantik padahal biasa saja...mentang2 la aku gelap sikit n dia tu putih...tapi ada aku kisah...Persoalannya disini, CANTIK SGT KE KAMU NIH?!...tepuk dada tanya iman la kawan....semua tu LOAN dari Allah...tapi bersyukur la DIA tak kasi interest...dan DIA leh amik balik bila2 masa n sekelip mata sahaja..Kecantikan hanya la subjektif..Objektifnya, keimanan n amalan kita..itu yg akan ditimbang nanti di akhirat...kalau muka saja cantik, tapi mulut cam tak jaga buat apa...membebel jek..nampak sgt takde iman...


menjerit sana sini bila marah..org lain tgok pun malu tau!!!jaga la sikit diri n maruah tu..buat malu laki saja...kalau aku wat camtu, dh tentu laki aku reject aku...huhuhuhu......tapi sib baik aku ni penyabar...

Korang bayangkan..minah ni sendiri cakap dia tak suka buat keje umah, tak suka masak sebab kotor, suka makan kat kedai, cuci baju pi dobi, rumah pulak maid kemas 3 kali seminggu....pemalas giler pompuan mcm ni...tak malu ke buat statement macam tu....kalau nak tgok statement dia tu...meh nak tunjuk---->

"Easy if anybody want to get marry me no cook please makan kedai , baju hantar laundry, nak bersih rumah call cleaner 3 times a week or any time you need jangan nak ngada-ngada im not maid kalau tak nak boleh blah next please. Tapi kalau I sayang you sampai kaki  I layan tapi dengan syarat la i tak buat kerja kerja Khadam sorry not my class."

"I TAK BUAT KERJA KERJA KHADAM SORRY NOT MY CLASS"

HAHAHA!!!gasak la ko!!

Punya la sakit hati, aku baca statement nih!!!!dh tu, selama ni ko mengutuk setiap isteri yg bekerja keras di rumah n then ko kata wat kerja kerja ni cam khadam..kalau aku post ni kat mana2 lama web sosial or networking...gerenti ko kena bambu kaw kaw punya!!!cakap tak fikir, dh tu mak ko pn khadam la ye...


Jangan biarkan Ibu kita bersedih
Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.! dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa.

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36
Sesungguhnya Syurga dibawah tapak kaki ibu. Masih belum terlambat untuk kita memohon keampunan dari ibu yang masih ada. Bagi yang tiada ibu lagi hanya surah Al-fatihah dihadiahkan kepada mereka. Semuga Allah SWT menempat roh ibubapa ku dikalangan orang-orang yang beriman.
 
 

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami


Tak suka...

Harini aku berasa agak bengang sebab ada satu client ni punya la kerek. Dah tua, tapi kelam kabut.Adoi!aku tanya soklan dgn cara baik tapi balas soklan aku dgn nana cam ko bagus sgt..Hello OLD MAN!jgn nak byk songeh la...mesti ko tgh sakit kepala kan..pastu tension, marah2 org...sib baik aku ni penyabar..
 
Untuk me-release-kan sedikit tesion aku yg dlm progress ni. Aku kol la somebody yg kenal dia,
dia cakap, client tu mmg camtu n kelam kelibut..nasib la sape yg kerja dgn dia..hari2 ketuk kepala kat peti ais...
Apa la nak jadi dgn org zaman sekarang, takde langsung kesabaran dlm diri..aku cuma nak bertanya tapi jawapan mcm.....HUH!...tak suka orang cam ni..lebih baik aku tanya dari aku buat silap..kalau silap tak pasal2 free kena ceramah dgn bos..dahla aku ni kena reporting pada 2 org manusi..salah satu manusia tu siang malam pagi petang aku duk tgok muka dia....aduhhhh....fuh.....tapi aku suka tgok dia hari2..best...!!!
      Love U SO veRy Much!!
                                                                















Permulaan Sebuah Kehidupan-Part 10

Detik-Detik Membelai Anak-anakku....(Jan-Nov 09)

Kita bersambung semula setelah aku dh lama gak la tak update blog ni. Baiklah, sekarang ni aku sudahpun memiliki 2 orang cahaya mata yang amat aku sayangi. Adakah bermakna kehidupanku sudah cukup sempurna?Oh, Tidak!..Banyak lagi episod2 kehidupan aku bersama suami dan anak2. Aku masih lagi mencari duit tuk masa depan anak ku walaupun suami ku masih ada. Aku sedang berusaha untuk mengumpul duit tanpa aku menganggu kewangan suami ku. Mungkin ramai berfikir yang aku ni terlalu bodoh sebab kenapa aku tak gunakan saja atau mintak saja duit dari suami. Wahai, kawan2 ku...zaman sekarang ni adalah lebih baik kita berusaha tuk mencari duit sendiri kerana jika berlaku perkara2 yang kita tak ingini yang melibatkan suami adalah lebih baik sekiranya kita bersiap sedia..Mungkin suatu hari nanti kita sebagai isteri akan hidup bersendirian menjaga anak tanpa bantuan org lain. Maka, kita sebagai wanita dan juge isteri perlu berfikiran jauh demi tuk masa depan anak2 dan keluarga. 

Ini adalah sebagai satu contoh...Tetapi jika suami disisi, adalah baik kita sama2 bekerjasama membesarkan anak...Okay! Pejam celik pejam celik lagi sebulan aku dah setahun bekerja di syarikat MLM ni..Sepanjang aku bekerja ini la tempat kerja yang aku rasa aku boleh bertahan dengan bermacam2 dugaan. Tapi, Alhamdulilah..Sebab, semenjak aku kerja kat sini aku dh leh masuk kan anak2 ku ke pusat asuhan tanpa menganggu dan menyusahkan kedua ibu bapa ku lagi. Ini kerana, sudah hampir 3 tahun ibu bapa ku menjaga anak sulongku iaitu Daniel. Pada kawan2, disini aku nak berkongsi satu cerita..

Ceritanya macam ini...Ada seorang makcik tua dlm lingkungan umur 50 tahun. Dari segi kesihatan, dia taklah berapa sihat sgt ada jugala penyakitnya. Dengan keadaan dia yang macam tu, dia masih lagi gagah tuk menjaga 5 orang cucu nya..BAYANGKAN?!!!...Sanggupkah anda melihat mak anda sendiri macam ni?dah la tak sihat, tak larat, lepas tu kena masak pulak tuk anak2 diorg pastu anak balik kerja terus melantak! Yang peliknya, dh la jaga cucu pastu bagi duit kat mak kedekut Nauzubillah!Setelah sekian lama menjaga cucu2 dia, tiba2 sampai waktu dimana badan dan kudrat makcik tu rebah dan tidak bermaya. Makcik ni pun dihantar ke hospital tuk rawatan. Semasa di hospital, doktor bagitahu yang tangan sebelah kanan makcik tu takleh gerak. Kesian betul....Yang peliknya, aku rasa kesian dan simpati tapi anak2 dia macamana ek????tak kesian ke?Kalau makcik tu la mak aku. Aku tak sanggup tgok makcik tu macam tu.. Masalahnya, anak2 makcik tu mampula sangat tuk hantar budak2 tu masuk pusat pengasuh tapi pi hantar juge kat makcik tu tuk jaga...Errrmmmm..tak tahula apa nak jadi sekarang...Jadi kepada, kawan2 ku kasihanila mak kita kerana dh la dari dlm perut sampai kita belum jadi isteri org, mak kita bersusah payah menjaga kita...Jadi, ajarla anak2 kita tuk idup berdikari dan menghormati org tua supaya tidak terjadi perkara2 yang buruk...Ambilah iktibar dari kisah ini....dan sama2la kita mendoakan muga makcik tu sihat walafiat..AMINNNNN.....

Permulaan Sebuah Kehidupan-Part 9

Sara masa ni umur dia 1 tahun lebih
Ini Batrisyia Qaisara...putih..cam Abi dia....langsung tak ikut muka aku....sgt geram dgn dia...comey....hikhikhik....Sayang Sama Kamu...XOXOXOXO...
Ini masa dia 7 bulan

Permulaan Sebuah Kehidupan-Part 8

Detik-Detik Kewujudan Ahli Baru....(Nov 07-Julai 08 )

Sepanjang mengandungkan anak ku 9 bulan 9hari...Akhirnya sampailah masa, anak ku dh tak sabar nak keluar..jeng jeng jeng.....aku masuk ke labour room ditemani suami...Akhirnya dapat juga suami ku melihat sendiri kejadian TUHAN..aku masuk ke labour room pada pukul 4.00 petang....kelahiran kali ni ada kelainan banyak...sebab, baby tak gerak banyak pastu kena masuk ubat lagi bergelen2..heheh tak lah acah je..kena cucuk ubat tahan sakit lagi...aduh!sakitnye!..dari pukul 4.00 petang hinggalah pukul 9.00 malam...aku berhempas pulas..Allah saja yang tahu macamana aku rasa...Kemudian tepat pukul 9.15mlm...aku dh tak leh tahan, aku cakap ngan doktor aku nak kuar dh,pastu doktor cakap takleh lagi sebab baru 5cm...tak boleh jadi ni!!doktor keluar je dari labour room, aku panggil bidan sambut baby. Aku cakap, aku dah tak leh tahan lagi! Pastu dia pun cek dan cakap dh buka 9cm..aku gembira dan sepantas kilat aku terus teran dan keluarlah baby girl aku tepat pada 9.21 mlm...yeah yeah yeah!!!..LEGA!!!

Permulaan Sebuah Kehidupan-Part 7

Detik-Detik Kewujudan Ahli Baru....(Nov 2007)

Belum puas anak sulong ku bermanja dengan ku dan abi nya.....aku beri satu lagi kejutan dari Allah SWT....aku disahkan mengandung anak ke-2...aku keliru, pening kerana masa berlalu dengan sekelip mata..adakah aku sudah bersedia tuk kelahiran ini? Ya Allah, tolongla aku....Alhamdulilah dengan sokongan keluargaku akhirnya aku dapat tempuhi juga......

Permulaan Sebuah Kehidupan-Part 6

DANIEL berusia 1 tahun 5 bulan
 Ini gambar Daniel semasa dia kecil...Semua orang cakap sejibik cam muka aku..macam kena chop jek..Anyway, i LOVE him so very much..XOXOXOXO....
Ini DANIEL semasa dia berusia 5 bulan

Permulaan Sebuah Kehidupan-Part 5

Detik-Detik Kelahiran....(Mei 2007)

Short Story...OH! Sudah sampai detik kelahiran putera sulongku...Aku pernah tanya, mama ku...bagaimana rasanya bersalin.Mama cakap dia dh lupa AIK!.kekek...Mama cakap kalau anak sulong, kita tak tahu sakit macamana, bila masuk anak ke-2 baru kita akan rasa takut sebab sebelum ni dh pernah rasa ya amat sakitnya bersalin...Tapi Mama cakap semua kelahiran tak sama sakitnya, setengah org cakap bila bersalin tak sakit tapi masa anak nak keluar tu sakit maybe contraction kot...ok...detik demi detik...peluh menitis....sejuk....terdengar suara org menjerit kesakitan...aduh!bertambah sakit la perut aku...aku dimasukkan ke labour room pada 13 Mei 2007 pukul 9.00 malam....aku bertarung nyawa seorang diri tanpa suami disisi kerana berhempas pulas utk mencari rezeki demi tuk sebuah keluarga...dan aku REDHA...aku pada tika itu hanya ingat MATI saja...kesakitannya hanya Allah SWT saja yang tahu...aku menjerit dlm hati!..tak sesiapa yang tahu...aku menangis dlm hati! tapi tak siapa yang peduli...aku bertarung lagi...aku menyebut nama ALLAH berulangkali!....Tepat 11.18 malam.....Dengan Kuasa ALLAH SWT pintu rahim ku terbuka tuk anak ku melihat dunia....Maka, terdengarlah akan suara anak ku menangis dan menangis....aku lega, puas dan bersyukur kerana aku masih lagi hidup setelah bertarung nyawa demi anak ku...setelah anak ku dibersihkan, doktor dengan lembutnya meletakkan anakku terus ke dada ku...dan diam la anak ku seketika kerana didakap manja oleh ku....aku memberinya susu..inilah satu2nya pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila2....TERIMA KASIH YA ALLAH....