Thursday, July 14, 2011

AURAT & SYUKUR

Actually, hari ni keje banyak tapi kepala sakit la pulak asyik duk hadap keje tu…so nak relaks kan kepala ni kena la minum air byk2…lagi pun sekarang ni bendera jepun naik, mungkin sebab tu kot juga kepala sakit pening….

Okaylah kengkawan, cerita pasal ‘SYUKUR’ ni kan…aku sgt2 bersyukur di lahirkan sebagai ISLAM…aku sedar siapa aku, aku sedar dari mana asal usul ku…dan aku sedar kemana aku akan pergi selepas ini…

Nak cerita dari segi syukur ni….besar topik tu…setengah org bersyukur sebab kaya, cantik dan sempurna….kalau ikutkan adakah mereka ini betul bersyukur atau riak?

Korang rasa mcmana?

Aku punya rasa ialah aku bersyukur sebab aku ada agama Islam…jika kita Islam, tapi tak tutup aurat, dedah kan rambut, dada dan macam2 lagi…adakah kita akan masuk syurga?walaupun kita duk cerita kata diri sendiri cukup baik dan sempurna tapi tak tutup aurat?baguskah begitu?

Jika benar kamu terlalu baik dan cukup segalanya adakah kamu tenang?erm….jika kamu sudah bersuami, bukankah berdosa mendedahkan aurat kamu?tenang kah itu?bila kita berpuasa, solat, taat pada suami tetapi tidak tutup aurat adakah Allah akan masuk kita ke syurga?..terlalu byk persoalannya…

Dan perlukah kita bercerita sana sini bagaimana kita cantik dan mengapa perlu heboh satu kampong kamu itu tak tutup aurat dan cantik sgt?hati kita, tubuh badan kita segalanya adalah milik Allah…bukankah semua pemberiannya itu satu amanah?kenapa perlu pecah amanah!

Kenapa perlu terlalu bersyukur kamu cantik dedah sana sini?Cukuplah kita bersyukur kerana cukup sifat.Bersyukurlah kerana kita ni sempurna diberikan anggota yg cukup..Bukannya sempurna kerana duit!itu semua rezeki yg Allah bagi dan mengapa perlu heboh…..

Tidakkah kamu berasa kasihan kpd suami n anak2 yg melihat kamu tidak menutup aurat?nak tunggu, usia lanjut n menepos baru nak tutup aurat kah?
Aku tak sanggup heret tgn suami aku ke neraka kerana aku tidak tutup aurat…aku sanggup buat apa saja tuk suami asalkan dia masuk syurga…tetapi, bila lupa ttg aurat kita, kamu rasa suami bangga ke dgn kita?

Bagi aku tidak, jika kamu cantik sekali pun seperti bidadari, jika tidak menjaga aurat..maka neraka la namanya…

Jika betul lah kita memiliki hati yg baik….biar org sekeliling kita memuji diri kita..bukan kita yg puji diri kita sendiri, itu namanya takbur@riak....bukankah berdosa namanya…

Kepada insan yg masih tidak sedar apa itu AURAT dan SYUKUR, aku doakan semoga Allah bukakan pintu hati kamu utk berubah..Insyallah…Amin…



No comments:

Post a Comment