Monday, July 25, 2011

Hai Kawan-Kawan!!!

As salam….maaf dh lama tak update Blog…apa khabar semuanya?sihat?

Beberapa harini mcm2 perkara berlaku..suka duka semuanya ada, tapi apakan daya…aku hanya mampu bertahan dan terus bertahan demi anak2…just nak bagitahu, saya maafkan silap anda tetapi saya tak dpt nak lupakan sebab kesedihan itu ttp ada…

Semoga Hubby n aku dapat menempuhinya dgn hati yg redha……Insyallah…

Tuesday, July 19, 2011

Alhamdulilah...

Lebih baik diam, dari berkata2 kerana bila kita diam Allah tahu hati kita sentiasa ingat pada DIA..bila kita asyik berkata-kata maka terkeluarlah pekung di dada...renung2 kan...

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
1.        Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2.      Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3.      Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4.     Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5.      Masukkan dalam kuali taqwa,
6.     Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7.      Didihkanlah dengan api mahabbah,
8.      Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9.     Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10.  Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

Sumber dari:  Artikel iluvislam.com

Monday, July 18, 2011

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Sumber dari: Artikel iluvislam.com

REDHA...

Aku okay je..bahagia sebenarnya bila ada keluarga ni..sebab bagi aku duit ni mainan dunia saja…paling penting adalah rezeki anak2…tapi kesian tgok org yg ada family bagai dibuang masuk tong sampah…anak tu kan amanah…kalau tak jaga rugi la…

Lagi satu, aku tak kisahla….paling penting adalah kebajikan anak istimewa aku…aku dh usaha, tapi itu jawapan yg diberikan kepada aku..aku redha…itu adalah penting….redha….sebab, kalau nak amik simpan semula pun takpe…kesian pulak nanti dh tua kerepot takde sape nak jaga..nak harapkan laki, eeeeerrmm....no komen...entah kemana…hahahah…gurau jek…

Memandangkan agak susah aku nak didik, aku hanya mampu berdoa..jika tidak jawapannya…lebih baik pulangkan semula dan jaga…kalau taknak jaga rugi ooo….aku nak jaga, aku ikut je hala tujuan Hubby…dia ok, aku ok jek…no worries..kalau mereka tak suka aku pun takpe, aku orait….

Apabila boleh dan mampu berfikir mana baik n buruk, so lu fikir la sendiri…jgn asyik nak layan nafsu tapi tanggungjawab takde…jika terlalu asyik dgn dunia…maka jadi la manusia yg jahiliyah…mata sudah dikaburi dgn duit, maka tertutup la pintu hati tuk ingat mati….renung2 kan la…ini sekadar nasihat…

Kalau boleh, bila dh ludah jgn jilat balik….mulut jahat, belum tentu hati tu baik…hati tu milik Allah…jaga baik2…jgn asyik nk ingat nafsu yg 9 tu….ingat kiamat ingat mati…insyallah…

Lagi satu, smlm duk berborak dgn Hubby….dia kata dia sayang aku..tak kirala aku ni mcmana rupa sekalipun asalkan dia tahu aku mcmana….erm….best kan camtu….so, kalau lawa sekalipun, tak guna juga sbb mulut capoi mcm ayam pastu hati busuk..kan kan kan….ini bukan ayat aku la….aku tiru dr kawan2…hikhikhik

Bukan nak hina, tapi sbg peringatan..dunia ni sementara sahaja…sebelum matahari beralih arah, sat g tak sempat nak taubat….

Sediakan payung sebelum hujan…ermmm…aku tak perlukan payung sebab hijab aku ni dh cukup memandai tuk hindar dr hujan n panas…org yg tak tahan panas ni, dia tahu ke yg kat neraka tu lagi panas…pakai hijab sejuk, sebab tak sabar nk cium bau syurga bersama Hubby n anak2…

Lagi, korang rasa bila mendidik anak ni sekadar tanggungjawab atau ianya adalah satu ganjaran besar dari Allah....Bagi aku ianya adalah satu ganjaran besar menjaga n mendidik anak2…aku tidak akan memaksa mereka tuk menerima aku, aku akan beri ruang yg besar tuk datang kepada aku..apa yg Allah berikan adalah yg terbaik buat aku….jika suka, aku terima…jika tak suka pun aku terima….

Aku sgt2 fleksibel….apa2 pun boleyyy…sekarang aku tenang…REDHA….