Hari ni bertarikh 18hb Mei 2011..Daniel sudah setahun menjadi penghidap Autisme..Apa itu Autisme?Mesti anda tertanya2..Cacat ke?hahahaha..dia tak cacat, dari segi fizikal dia cukup sempurna..dia terencat ke?tak juga...dia boleh speaking lagi...kalau speaking..ala ala loghat Mat Salleh gitu...lambat cakap ke?Mungkin...tapi mulut dia sentiasa je membebel itu ini...taklah diam sgt, sentiasa bercakap cuma kita tak berapa paham apa yg dia cuba sampaikan...dia menyusahkan orang tak?ermm...tak juga, Autisme ada byk kategori..cth: Aspeger, Severe, byk lagi la..kalau Daniel ni tergolong dalam kategori Autisme with Hyperactivity...
AUTISME
Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.
Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.
Tanda-tanda
- Tidak suka bersosial.
- Pendengaran tidak normal.
- Mengelak daripada bertentang mata.
- Gangguan pertuturan.
- Corak kelakuan yang berulang.
- Tidak mengendahkan rasa sakit.
nak lebih jelas..kat atas ni siap ada gambar.....
Okay la..ape2 hal pun, Daniel terlalu istimewa....Kami sayang Daniel....Walaupun dia mcm tu, kami terima dia dgn hati yg sgt2 terbuka dan bersyukur...Kerana apa yg Allah swt berikan adalah yg terbaik hanya kita sahaja yang perlu mencorakkannya....Insyallah...
No comments:
Post a Comment