Mohamad Daniel Dazukey |
Saya ada seorang anak lelaki sulong yang bernama Mohamad Daniel Dazukey. Umur dia 5 tahun pada 13 Mei yang lalu…besar dah anak teruna saya..dia di lahirkan normal..berat dia time tu 3.21kg…besar jugalah..tapi sgt senang aku lahirkannya…2 jam…berbanding dgn adik dia kena tunggu 5 jam barulah nak kuar..huhuhuhu….anyway kedua2 nya cukup sifat dan sihat..Alhamdulilah…
Berbalik kepada cerita anak sulong saya…dari luaran dia Nampak sihat saja seperti kanak-kanak normal yang lain..tapi dari sudut dalaman dia ada banyak kelainan dari kanak-kanak lain…nak tahu tak apa dia?....
Anak ini memiliki pemikiran yang sangat berbeza dan sentiasa melakukan sesuatu diluar kotak pemikirannya atau lebih sangat nak faham..dia suka melakukan sesuatu diluar jangkaan yang kita tak sangka dia mampu buat perkara tu….ermm….panjang pulak penjelasannya…huhuhu…
Dari segi komunikasi..dia kurang bercakap dlm bahasa melayu..english je yang lebih…nak kata kami ajar tak juga…mungkin tgok TV kot…eeeee…anyway kawan2, anak saya ni penghidap Autism with Hyperactivity….
Mula2 saya agak terkejut dan menyalahkan diri sendiri…menangis tak yah duk kata la…meleleh jek!..tapi suami kata jgnla sedih…anak istimewa untuk ibubapa yang terpilih dan istimewa juga…ketika itulah terbuka hati dan minda ini bahawa anak istimewa ini adalah sesuatu yang amat bernilai dan sia-sia jika kita tak menjaganya….syukur sangat….
Kini, Daniel tak lagi pakai pampers..boleh pakai n tanggal baju sendiri…boleh suap makanan sendiri…boleh minum sendiri…Alhamdulilah….bangga sangat….
Kepada ibubapa diluar sana jika semasa kecil anda melihat sesuatu perkara atau terdapat kekurangan di dalam perkembangan anak..cepat2 la berjumpa doctor pakar kerajaan….KERAJAAN!..okay….bkn saya nk cerita pasal politik tetapi banyak doctor pakar di Hospital Kerajaan nih….kalau pi swasta, depa tetap akan refer dengan kerajaan sebab di tempat mereka takde khidmat kepakaran…ada faham?!..heheheh….
No comments:
Post a Comment