Monday, October 12, 2015

Good Morning u alls!!!

Pagi ni mcm biasa bgn pagi...uruskan anak2...sebab harini sekolah bermula setelah 2 hari cuti...hari tak rasa kelam kabut sangat sbb, kolej tutup 2 hari..

Ramai yang tanya mcmana saya manage family saya...ermmmm

5.30 am Mandi & solat
6.15 am Kejutkan anak2 bangun & mandi
6.30 am Settlekan suami plak..sarapan
7.00a am Settlekan Aisyah, tukar pampers & susu
7.10 am Hantar anak2 pi taska & sekolah
7.30 am Gerak pi kolej
8.00 am Brekfes kat Mahbub
8.45 am Masuk Kolej
9.00 am - 5.00 pm Belajar
6.00 pm Balik rumah & Amik Aisyah dr taska
6.30 pm Masak, itu pun kalau Mama xmasak la....
7.30 pm Suami balik dengan anak2 & solat
8.00 pm Makan malam, layan anak2, ajar anak wat keje sekolah, main dengan Aisyah & solat
9.00 pm Settlekan baju sekolah anak2 & baju keje suami tuk esok
9.30 pm Tidurkan anak2
10.00 pm Aku lelapkan mata untuk setengah jam
10.30 pm Buat kerja tugasan kolej & study sehingga lewat pagi...
4.00 am Tido tuk sejam setengah
5.30 am Mulai rutin seperti biasa.....

Inilah rutin harian saya......mencabar tak?...saya hanya akan berehat ketika mata dilelapkan.....tetapi bila terbuka saja, kerja xpernah berenti....org tanya xpenat ke?...saya tanya balik, PENAT tu ape eh??

Sunday, October 11, 2015

Assalammualaikum. ...

Hai pembaca,
Agak lama saya xupdate blog ni.....tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsikan ttg kehidupan saya sebagai seorang isteri, mummy pd anak2 dan sbg pelajar...

Ingin saya menceritakan sedikit ttg diri saya...

Nama saya Rizlyana Othman berusia 31 tahun dan tinggal di Kuala Lumpur. Ayah saya adalah seorang pesara DBKL. Mama saya adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa. Saya ada 2 abg, yang pertama ialah Mohd Rizvi dia adalah seorang Jurutera Automotif Inokom di Kulim , Kedah. Abg kedua ialah Mohd Rizza seorang Pensyarah di UMP Pahang. Saya bangga dengan abg2 saya yg telah berjaya.

Saya berkahwin pd usia 21 tahun dan memiliki 3 org anak. Saya sayang anak2 saya. Anak saya yg pertama ialah Mohamad Daniel Dazukey, kedua ialah Nur Batrisyia Qaisara dan ketiga ialah Dhia Umayrah Aisyah. Mereka ni adalah mutiara hati saya.

Anak saya yang pertama adalah seorang menghidap Austisme. Pembaca semua tahukah apa itu Autisme? Majoriti yang bertanya selalu menggeleng kepala dan tidak tahu apa itu Autisme.

AUTISME ialah satu kurniaan dari Allah. Saya terima situasi ini dgn seadaanya. Saya bangga miliki Daniel. Dia unik dan lain dr yg lain. Saya tidak pernah anggap dia sbg seorang anak yang menyusah dan membebankan saya. Tidak sama sekali.

Ramai yang tanya bagaimana saya boleh miliki anak seperti ini. Sukar tuk saya jawab kerana saya sendiri tidak tahu. Tapi saya percaya apa saja Allah beri, mesti ada SEBAB.

Pada permulaannya, saya sentiasa salahkan diri sendiri. Adakah kerana saya yg dulu nakal, Allah mahu berikan saya hukuman. Bila saya mengkaji semula, ada juga kawan2 saya dari kalangan doktor, cikgu dan peguam memiliki anak seperti ini. Kesimpulannya, Allah berikan sesuatu adalah untuk kita belajar menerima dan redha.

Ya, itulah yang saya lalui selama saya menjaga dan mendidik Daniel. Saya akui rezeki Daniel sentiasa ada. Kawan2 sebab itulah setiap anak yang kita lahirkan ada rezeki untuk mereka. Alhamdulilah.

Jgnlah takut untuk mendirikan rumahtangga pd usia yang muda dan jgn takut tuk mengandung dan melahirkan anak pd usia muda juga. Saya dh lalui semua itu dan ianya sgt INDAH.

Okaylah kawan2, setakat ini dulu..nanti kita sambung lagi ya!!

Monday, September 2, 2013

Saya Sayang Anak-Anak Saya

Assalam,
Lama sangat tak update blog. Apa kabar semuanya?sihat ke?...saya je yg xberapa nk sihat sebab baru je abis kuliah n xlama lagi akan menghadapi exam...dan seperti biasa, masih lagi lum baca buku..huhuhu...macamana lah nak baca buku kan, sebab terlalu banyak perkara yg harus saya pikul..tanggungjawab pada suami, anak2 dan juga pada ibu bapa saya...

Terus terang cakap, bukan mudah tuk mengharungi alam perkahwinan..memang banyak liku2nye...bila ada anak sorang, boleh lagi bernafas, tapi bila anak semakin ramai mcm2 ujian yg kita kena lalui...apa2 pun saya tetap kuat n kukuh, walaupun kadang2 kepala lutut ni mcm nak tercabut...demi anak2 saya tetap bangkit!...

Saya rasa bersyukur sangat sebab Allah memberi saya anak2 yg saya selama ni xsangka yang saya akan berkahwin awal dan mendapat suami yang berusia...semua itu, tidak mematahkan semangat saya tu maju ke depan..anak ramai ke, suami tua ke..semuanya saya terima dgn sabar dan ikhlas...

Anak saya 4 orang, 2 lelaki 2 perempuan, salah seorang adalah anak OKU...tinggal di rumah yg atas rumah orang n bawah pun rumah orang, depan rumah org n kiri kanan pun rumah org..kereta cuma kereta saga lama, yang mana dikeluarkan pada 1986...tapi masih saya gunakan...saya xkisah xdpt naik keta besar2...saya xkisah xdpt umah sendiri, tanak sendiri..asalkan suami n anak2 saya ada kat depan mata saya...

Setiap kali saya masak, saya seronok tgok diorg makan sampai habis...saya ajar anak disiplin, kebersihan..hormat org tua...biarlah, saya xpakai baju yg up-to-date..asalkan anak2 ada pakaian yg elok dipakai...saya n suami xkisah xdpt semua kemewahan tu...saya percaya Allah sedang n masih merancangkan sesuatu tuk kami...

Yang pasti, anak2 gembira walaupun xde baju baru, kasut baru....mereka kelihatan sangat gembira bermain bersama...itu yg membuatkan saya n suami bahagia...

Tuesday, July 10, 2012

Awak ada?...Saya ada!!

Mohamad Daniel Dazukey

Saya ada seorang anak lelaki sulong yang bernama Mohamad Daniel Dazukey. Umur dia 5 tahun pada 13 Mei yang lalu…besar dah anak teruna saya..dia di lahirkan normal..berat dia time tu 3.21kg…besar jugalah..tapi sgt senang aku lahirkannya…2 jam…berbanding dgn adik dia kena tunggu 5 jam barulah nak kuar..huhuhuhu….anyway kedua2 nya cukup sifat dan sihat..Alhamdulilah…

Berbalik kepada cerita anak sulong saya…dari luaran dia Nampak sihat saja seperti kanak-kanak normal yang lain..tapi dari sudut dalaman dia ada banyak kelainan dari kanak-kanak lain…nak tahu tak apa dia?....
Anak ini memiliki pemikiran yang sangat berbeza dan sentiasa melakukan sesuatu diluar kotak pemikirannya atau lebih sangat nak faham..dia suka melakukan sesuatu diluar jangkaan yang kita tak sangka dia mampu buat perkara tu….ermm….panjang pulak penjelasannya…huhuhu…

Dari segi komunikasi..dia kurang bercakap dlm bahasa melayu..english je yang lebih…nak kata kami ajar tak juga…mungkin tgok TV kot…eeeee…anyway kawan2, anak saya ni penghidap Autism with Hyperactivity….

Mula2 saya agak terkejut dan menyalahkan diri sendiri…menangis tak yah duk kata la…meleleh jek!..tapi suami kata jgnla sedih…anak istimewa untuk ibubapa yang terpilih dan istimewa juga…ketika itulah terbuka hati dan minda ini bahawa anak istimewa ini adalah sesuatu yang amat bernilai dan sia-sia jika kita tak menjaganya….syukur sangat….

Kini, Daniel tak lagi pakai pampers..boleh pakai n tanggal baju sendiri…boleh suap makanan sendiri…boleh minum sendiri…Alhamdulilah….bangga sangat….
Kepada ibubapa diluar sana jika semasa kecil anda melihat sesuatu perkara atau terdapat kekurangan di dalam perkembangan anak..cepat2 la berjumpa doctor pakar kerajaan….KERAJAAN!..okay….bkn saya nk cerita pasal politik tetapi banyak doctor pakar di Hospital Kerajaan nih….kalau pi swasta, depa tetap akan refer dengan kerajaan sebab di tempat mereka takde khidmat kepakaran…ada faham?!..heheheh….

Happy Birthday to Sara

Semalam…..9.7.2012..adalah birthday Sara…kami sambut dirumah Mama kebetulan pulak mama sakit dan sekurang2nye dgn kehadiran kami mama akan sentiasa tersenyum melihat cucu dan terlupa sekejap sakitnya…aku sgt sedih dan xsampai hati melihat mama ku berada dlm keadaan lemah dan xlarat nak buat apa2…aku sepatutnya kena selalu berada dekat dgn dia..tapi apa kan daya komitmen yg aku pegang sekarang membuat kan aku serba salah…Mama, walau apa pun berlaku Nana akan tetap menjaga Mama sampai bila-bila…Insyallah….





Assalammualaikum....


Hai!sudah lama tak update blog nih…takde masa sebenarnya..keje, study, class, anak2, suami n macam2 lagi..sekarang ni mak aku lak tak sihat…susah aku dibuatnye..tak lama lagi nak exam..adoi!pening kepala ku..tapi aku akan tetap tempuh juga..ermm..lupa nak Tanya kabar..korang semua apa kabar?sihat ke?aku okay je..biasa2 saja…sat g aku sambung lik..nak wat assignment jap…adios!

Sunday, March 4, 2012

Please Pray For Us....

Saya kembali semula…penat wat assignment nih….terutama bila kita tgh bekerja..mmg susah nak siapkan…masa yang ada cuma hari cuti…Insyallah, bila Hubby ku dpt kerja di tempat baru…kemungkinan besar aku akan berhenti kerja dan tumpukan perhatian kpd Daniel yang sgt2 istimewa itu dan Sara…Daniel perlukan keperluan khas terutama dari segi pembelajaran…banyak perkara dia perlu explore…anak2ku, Mummy n Aby akan berusaha tuk cari jalan demi memberi didikan dan pelajaran yang terbaik buat kamu semua…Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dan anak2 kami untuk menempuhi dugaan MU ini…AMIN….
 
Mohamad Daniel Dazukey

Nur Batrisyia Qaisara