Monday, October 12, 2015

Good Morning u alls!!!

Pagi ni mcm biasa bgn pagi...uruskan anak2...sebab harini sekolah bermula setelah 2 hari cuti...hari tak rasa kelam kabut sangat sbb, kolej tutup 2 hari..

Ramai yang tanya mcmana saya manage family saya...ermmmm

5.30 am Mandi & solat
6.15 am Kejutkan anak2 bangun & mandi
6.30 am Settlekan suami plak..sarapan
7.00a am Settlekan Aisyah, tukar pampers & susu
7.10 am Hantar anak2 pi taska & sekolah
7.30 am Gerak pi kolej
8.00 am Brekfes kat Mahbub
8.45 am Masuk Kolej
9.00 am - 5.00 pm Belajar
6.00 pm Balik rumah & Amik Aisyah dr taska
6.30 pm Masak, itu pun kalau Mama xmasak la....
7.30 pm Suami balik dengan anak2 & solat
8.00 pm Makan malam, layan anak2, ajar anak wat keje sekolah, main dengan Aisyah & solat
9.00 pm Settlekan baju sekolah anak2 & baju keje suami tuk esok
9.30 pm Tidurkan anak2
10.00 pm Aku lelapkan mata untuk setengah jam
10.30 pm Buat kerja tugasan kolej & study sehingga lewat pagi...
4.00 am Tido tuk sejam setengah
5.30 am Mulai rutin seperti biasa.....

Inilah rutin harian saya......mencabar tak?...saya hanya akan berehat ketika mata dilelapkan.....tetapi bila terbuka saja, kerja xpernah berenti....org tanya xpenat ke?...saya tanya balik, PENAT tu ape eh??

Sunday, October 11, 2015

Assalammualaikum. ...

Hai pembaca,
Agak lama saya xupdate blog ni.....tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsikan ttg kehidupan saya sebagai seorang isteri, mummy pd anak2 dan sbg pelajar...

Ingin saya menceritakan sedikit ttg diri saya...

Nama saya Rizlyana Othman berusia 31 tahun dan tinggal di Kuala Lumpur. Ayah saya adalah seorang pesara DBKL. Mama saya adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa. Saya ada 2 abg, yang pertama ialah Mohd Rizvi dia adalah seorang Jurutera Automotif Inokom di Kulim , Kedah. Abg kedua ialah Mohd Rizza seorang Pensyarah di UMP Pahang. Saya bangga dengan abg2 saya yg telah berjaya.

Saya berkahwin pd usia 21 tahun dan memiliki 3 org anak. Saya sayang anak2 saya. Anak saya yg pertama ialah Mohamad Daniel Dazukey, kedua ialah Nur Batrisyia Qaisara dan ketiga ialah Dhia Umayrah Aisyah. Mereka ni adalah mutiara hati saya.

Anak saya yang pertama adalah seorang menghidap Austisme. Pembaca semua tahukah apa itu Autisme? Majoriti yang bertanya selalu menggeleng kepala dan tidak tahu apa itu Autisme.

AUTISME ialah satu kurniaan dari Allah. Saya terima situasi ini dgn seadaanya. Saya bangga miliki Daniel. Dia unik dan lain dr yg lain. Saya tidak pernah anggap dia sbg seorang anak yang menyusah dan membebankan saya. Tidak sama sekali.

Ramai yang tanya bagaimana saya boleh miliki anak seperti ini. Sukar tuk saya jawab kerana saya sendiri tidak tahu. Tapi saya percaya apa saja Allah beri, mesti ada SEBAB.

Pada permulaannya, saya sentiasa salahkan diri sendiri. Adakah kerana saya yg dulu nakal, Allah mahu berikan saya hukuman. Bila saya mengkaji semula, ada juga kawan2 saya dari kalangan doktor, cikgu dan peguam memiliki anak seperti ini. Kesimpulannya, Allah berikan sesuatu adalah untuk kita belajar menerima dan redha.

Ya, itulah yang saya lalui selama saya menjaga dan mendidik Daniel. Saya akui rezeki Daniel sentiasa ada. Kawan2 sebab itulah setiap anak yang kita lahirkan ada rezeki untuk mereka. Alhamdulilah.

Jgnlah takut untuk mendirikan rumahtangga pd usia yang muda dan jgn takut tuk mengandung dan melahirkan anak pd usia muda juga. Saya dh lalui semua itu dan ianya sgt INDAH.

Okaylah kawan2, setakat ini dulu..nanti kita sambung lagi ya!!